umpan favourite mancing kolam

Umpan Favourite Mancing Kolam

Ini antara umpan favourite yang biasa saya gunakan.
a) Bahan Utama adalah Roti
b) Bahan Utama adalah Dedak Palet
----------------------------------------------------------------------
a) Bahan Utama adalah Roti
 Bahan-Bahan
- 3 buku roti hijau berperisa pandan
  ( 1 buku roti ini biasanya ada 14 ke 15 ketul roti kecil  hijau berperisa pandan )
- 1 perasa serbuk pandan
- Blender
- Bekas kedap udara
 Sesuai mancing patin, patin mekong dan tongsan sisik halus.

Cara penyediaan umpan
a) 3 buku roti tadi saya namakan Roti A, Roti B, Roti C
b) Roti A - Kesemua roti kecil pandan ini hendaklah DIPOTONG DADU.
c) Roti B - Kesemua roti kecil pandan ini hendaklah DICARIK HALUS dengan tangan.
d) Roti C - Kesemua roti kecil pandan ini hendaklah BLENDER HALUS.
e) Ambil bekas yang kedap udara, masukkan Roti A, Roti B dan Roti C yang dah siap diproses
    seperti arahan diatas, dan tutup bekas kedap udara lalu digoncangkan.
f) Biarkan seketika.
g) Perasa serbuk pandan pula , akan saya ceritakan kemudian, waktu penggunaannya.
------------------------------------------------------------------------------
Note : 
- Kebiasaannya, saya suka letakkan BEG PLASTIK,  diatas bekas kedap udara sebelum ditutup rapat. Dengan cara ini, baru confident, bekas tersebut benar-benar kedap udara. Lagipun bekas tersebut mudah untuk dicuci dan dibersihkan.
- Persediaan umpan ini sesuai untuk 3 - 4 jam waktu memancing. 
------------------------------------------------------------------------------
Waktu Penyediaan
Sebaiknya boleh disediakan 2 jam sebelum memancing atau On The Spot di kolam mancing tersebut. Tapi saya lebih "prefered" MEMERAM UMPAN supaya bau campuran tersebut dapat bersebati.

Teknik Umpan
Walaupun umpan yang disediakan nampak ringkas , ada beberapa teknik yang saya gunakan.

1. Teknik Umpan 1
Ingat lagi perisa pandan tersebut. Waktu inilah selalunya saya gunakan. Sampai sahaja dikolam mancing, sebelum anda membuka dan menyiapkan joran pancing, keluarkan dahulu bekas umpan anda. Goncangkan bekas tersebut, buka penutupnya dan masukkan HANYA SEPARUH SERBUK PANDAN tersebut. Tutup bekas, goncangkan lagi, biarkan sahaja dan anda boleh teruskan tumpuan untuk menyiapkan peralatan dan perkakas pancingan kolam anda.
----------------------------------------------------------------------------
Note : Teknik ini saya gunakan apabila kolam mancing tersebut sudah biasa dengan umpan roti pandan. Maksudnya semua orang di kolam mancing, menggunakan umpan yang sama seperti ditempat saya ini, di Segamat, Johor. Selebihnya kita bersabar, berusaha dan bertawakal.
---------------------------------------------------------------------------
Maksud bersabar - dah baling umpan, sabar menunggu bilalah ikan nak makan umpan. Ada masa 1 jam, ada masa 15 minit, barulah dapat rasa tarikan ikan. Itupun belum tentu, ikan dapat didaratkan jika teknik kawalan, gagal dipraktikkan.

Maksud berusaha - Saya biasanya menetapkan waktu umpan di dalam air bergantung kepada teknik kepalan umpan tersebut. Jika padat, dalam 1 jam saya tunggu, jika peroikan, setiap 1/2 jam saya akan tukar umpan. Ini dapat dilihat bila kita lakukan ujian umpan hanya dirumah. Nanti saya ceritakan. Jadi kenalah berusaha lebih untuk menukar umpan-umpan tersebut.

Maksud bertawakal - Bagi saya, apabila memancing kerana ianya adalah satu hobi. Juga boleh juga sebagai tambah pendapatan. Kerana itu saya suka memancing untuk 6 jam sekurang-kurangnya. Saya jarang memancing tetapi sekali turun memang lama. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Amat jarang jika memancing lama, dapat KOBONG. At least, balik modal, tetapi kalu mancing 3 jam tu, memang selalu KOBONG jugaklah. Ikan yang dipancing pun, bukannya kita tahu bila makannya umpan yang diberi. Itu yang sesetengah pendapat, menyuruh mempelbagaikan umpan. Pengalaman saya, saya suka pelbagaikan teknik dari pelbagai umpan. Kerana kita tahu umpan tersebut untuk ikan patin. Manakan umpan yang sama, untuk ikan keli contohnya. Jadi kena try and error + pengalaman, anda akan faham maksud saya.

2. Teknik Umpan 2
Memerlukan bekas kedap udara yang kecil sedikit saiznya selain bekas kedap udara yang tadi. Ini bertujuan untuk TESTING terutama KOLAM MANCING tersebut BARU PERTAMA KALI dicuba.
Method hampir sama seperti teknik 1 tetapi hanya mengambil 1/3 atau 1/2 kuantiti dalam bekas kedap udara. Perasa pandan yang digunakan pun 1/4 daripada sepeket perasa tersebut, digaul atau digoncang dan biarkan. Lihat feedback untuk 1 jam pertama. Sentiasa tukar teknik sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

b) Bahan Utama adalah Dedak Palet
Bahan Bahan


- 900 gm ke 1 kg Pelet 6363 makanan ikan jenama CARGILL
- 1 paket santan pekat original berharga RM 1.00
- perasa jagung 5 tutup
- perasa vanilla 5 tutup
- bekas kedap udara
Sesuai mancing patin, patin mekong, tongsan kahwin, rohu dan tongsan sisik halus

Cara penyediaan umpan
a) Dedak 6363 tersebut perlulah direndam dengan air dan cara merendamnya cukuplah dengan memasukkan air ke dalam plastik dan terus buang airnya. HANYA dalam SESAAT jer. Cuma pastikan semua dedak kena air dengan "menonggeng" atau menggongcang atas ke bawah.
Tips : 
1) isunya hendak menggunakan air apa? Air paip, air kolam, air mineral atau air panas.!!! 
Saya dapati penggunaan apa jenis air pun tiada masalah. Yang penting, semua palet tersebut terkena air. Bezanya hanyalah jika air sejuk, senang nak pegang, senang nak tonggang terbalik, senang nak sebatikan semua. Jika air panas, kena hati-hati, takut cedera pulak tangan tu. Tapi kalu tanya saya, saya sukakan menggunakan air panas. Boleh baca link ini, untuk tahu KENAPA!!

No comments:

Post a Comment