Umpan Power vs Testing vs Resultnya
1) Umpan Proven Tongsan Sisik Halus
Bahan :
a) Dedak 929 - setengah kilo
b) Dedak 923 - setengah kilo
c) Dedak Bomb 286 - satu paket / 180gm
d) Perisa anggur dan perisa jagung - 5 tutup setiap satu perisa
e) air kolam secukup rasa
f) 2 bekas kedap udara
Teknik : pancingan bottom menggunakan spring dan gabus
Cara :
1) Ambil dan sebatikan dedak 929, 923 dan dedak bomb 286 didalam bekas kedap udara dan biarkan.
2) Didalam bekas yang lain, masukkan perisa anggur dan perisa jagung. Menggunakan air kolam, masukkan air tersebut dan kacau atau goncangkan bekas sehingga nampak sebati.
3) Yakin campuran perisa dah sebati, masukkan dedak campuran tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sehingga peroi tp kuat.
4) Dedak anda dah siap dan boleh digunakan.
p/s : ada yang bertanya, knp dua bekas kedap udara? knp tidak disatukan jer, bukankah lg senang?
Ini jawapan saya berdasarkan pengalaman sebenar
2 bekas kedap udara ni, biarlah saya panggil bekas besar, bekas kecil.
Bekas besar ini sebenarnya adunan utama yang wajib digunakan. Jadi adunan ini hendaklah dijaga sebaik mungkin dan mestilah kering. Sebab itu, saya gemar :
Pertama - saya letakkan plastik diatas bibir bekas sebelum saya ketatkan bekas tersebut.
Kedua - sediaan ini saya sediakan seminimum mungkin 3 jam dan sebaik mungkin 24 jam sebelum memancing.
Bekas kecil pula adalah bekas yang mengandungi sediaan lengkap untuk pancingan tersebut. Disebabkan itu semua bahan hendaklah dicampurkan dan digaulkan sebati.
Lagipun, sekiranya berlaku kesilapan, ia mudah untuk direpair. Sebagai contoh adunan adalah lembik kerana terlebih air maka boleh ambil dari bekas besar sebagai tambahan.
Proven Hasil Ujian
5.5 kg dan 6 kg serta 2 ekor lepas
pada 23 Mac 2014 di Kolam Mancing Tronoh dari jam 8 pm hingga 1 am
Didapati waktu galak bermula 9 pm hingga 11.30 pm sahaja
..................................................................
1) Umpan Proven Tongsan Sisik Halus
![]() |
Ikan Tongsan Sisik Halus |
a) Dedak 929 - setengah kilo
b) Dedak 923 - setengah kilo
c) Dedak Bomb 286 - satu paket / 180gm
d) Perisa anggur dan perisa jagung - 5 tutup setiap satu perisa
e) air kolam secukup rasa
f) 2 bekas kedap udara
Teknik : pancingan bottom menggunakan spring dan gabus
Sesuai untuk pancingan selama 3 - 4 jam
Cara :
1) Ambil dan sebatikan dedak 929, 923 dan dedak bomb 286 didalam bekas kedap udara dan biarkan.
2) Didalam bekas yang lain, masukkan perisa anggur dan perisa jagung. Menggunakan air kolam, masukkan air tersebut dan kacau atau goncangkan bekas sehingga nampak sebati.
3) Yakin campuran perisa dah sebati, masukkan dedak campuran tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sehingga peroi tp kuat.
4) Dedak anda dah siap dan boleh digunakan.
p/s : ada yang bertanya, knp dua bekas kedap udara? knp tidak disatukan jer, bukankah lg senang?
Ini jawapan saya berdasarkan pengalaman sebenar
2 bekas kedap udara ni, biarlah saya panggil bekas besar, bekas kecil.
Bekas besar ini sebenarnya adunan utama yang wajib digunakan. Jadi adunan ini hendaklah dijaga sebaik mungkin dan mestilah kering. Sebab itu, saya gemar :
Pertama - saya letakkan plastik diatas bibir bekas sebelum saya ketatkan bekas tersebut.
Kedua - sediaan ini saya sediakan seminimum mungkin 3 jam dan sebaik mungkin 24 jam sebelum memancing.
Bekas kecil pula adalah bekas yang mengandungi sediaan lengkap untuk pancingan tersebut. Disebabkan itu semua bahan hendaklah dicampurkan dan digaulkan sebati.
Lagipun, sekiranya berlaku kesilapan, ia mudah untuk direpair. Sebagai contoh adunan adalah lembik kerana terlebih air maka boleh ambil dari bekas besar sebagai tambahan.
Proven Hasil Ujian
5.5 kg dan 6 kg serta 2 ekor lepas
pada 23 Mac 2014 di Kolam Mancing Tronoh dari jam 8 pm hingga 1 am
Didapati waktu galak bermula 9 pm hingga 11.30 pm sahaja
..................................................................
No comments:
Post a Comment