Tips dan cara terbaik bagi saya dalam menggunakan PALET sebagai umpan pancingan kolam anda.
Terdapat pelbagai jenis palet yang ada dipasaran sekarang. Malah yang terkini, palet-palet ini ada yang siap dibubuh perasa oleh pengilang. Tu yang jika saudara jumpa, palet terbut sudah "bercolour" dan berperisa.
Jika Pandan perasanya, hijau jugalah colour palet tersebut. Dan palet jenis ni, memang khas untuk diletakkan DI MATA KAIL. Boleh terus guna. Dan anda boleh lihat, jenis palet ini, adalah lebih besar atau dalam saiz medium.
Bagi saya, jenis palet favourite saya adalah palet biji 6363 buatan syarikat CARGILL. Saiznya adalah kecil dan keras. Tapi apa yang bestnya, palet ini, apabila ianya sudah kembang, ianya bersifat kenyal dan tidak mudah hancur apabila dimasukkan ke mata kail serta mampu terapung dengan baik.
Tips Palet 6363
1) Dalam banyak-banyak kos sediaan umpan memancing kolam ni, bagi saya penggunaan paletla yang paling ekonomi. Serius. Dengan 900 gm ke 1 kg palet, cuma berharga RM 3.00 ke RM 4.00 mengikut tempat anda membeli. Biasanya, tokey kolam ada menyediakan palet jenis ni, jika penggunaan palet biji dibenarkan.
2) Cara sediaan pun mudah. Hanya masukkan air dalam plastik palet tadi secukup rasa, goncangkan sikit plastik tu, terbalikkan dan terus buang air lebihan. Dan ini mengambil masa dalam beberapa saat. Saya biasanya suka kira 1 hingga 10 dalam hati dan terus buang air tersebut.
Yang penting, biarkan palet tu KEMBANG dalam 10 ke 15 minit dan selepas tu dah ready nak guna.
3) Kelebihan palet ini, ianya bersifat kenyal, tidak mudah pecah bijinya apabila dicucuk mata kail atau dibuat balingan serta mampu terapung dengan baik. Jadi saya sangat suka dengan keadaan tersebut, dan memudahkan kita membuat balingan ke tengah kolam nanti disebabkan tidak mudah tercabut.
4) Dan yang paling istimewanya, mengikut pengalaman saya, adalah lebih
BAGUS andainya anda gunakan umpan ini, BEGITU SAJA. Mengikut keadaan
ORIGINALnya. Tanpa tambahan apa-apa perisa.
5) Dan kedua bestnya,
boleh digunakan sebagai EMERGENCY. Maksudnya jika dah cuba macam-macam
umpan dan teknik, masa pulak ada sejam dua jer, ikan pulak tak
dapat-dapat, jadi dengan menggunakan TEKNIK PALET ori ni sebagai ikhtiar
akhir, insyaallah memberi sinar baru buat anda.
Yang penting berusaha,
jangan mengaku kalah dan berserah kepada YANG ESA.
Tips dalam membuat balingan palet biji ialah dengan 2 cara.
- Cara pertama - menggunakan spring.
- memegang palet biji dengan baik.
- malah boleh dibuat rasuah kerana boleh digumpal menjadi seperti sebesar penumbuk. Jadi ini lebih menarik perhatian ikan. Biasanya ikan akan terkena, apabila dalam sibuk memakan dedak biji rasuah tersebut, ia akan termakan dedak biji di mata kail.
- sifat dedak itu sendiri yang boleh terapung, jadi ini memberi masa umpan tersebut sampai ke dasar dan bagi penggemar pancingan apung, ini adalah cara terbaik dan termudah.
- apabila anda mengepal palet ini di spring, walaupun anda menekan dengan kuat, still palet ini mudah nak 'melarikan diri' dan masih menarik perhatian ikan.
- Cara kedua - menggunakan matakail 2 mata dengan perambut.
No comments:
Post a Comment