Tips Mancing Tongsan

Tips Mancing Ikan Tongsan Sisik Halus

Teknik bottom dengan spring dan gabus
Bahan Utama : dedak, spring dan gabus sz sederhana/kecil

 
Dedak + Spring + Gabus 1
Dedak + Spring + Gabus 2













Teknik :
1. Dengan menggunakan spring, gaul dedak dah siap dan salutkan pada spring. Salutan pertama, kecil sahaja.....agak-agak tutup spring tersebut. Tak perlu tekan kuat. Buat salutan kedua pula, menjadikan dedak seperti sebesar penumbuk dan kali ini perlu ditekan kuat biar padat.
2.  Jangan lupa letakkan gabus di mata kail anda.
3.  Umpan dah siap sedia dan bolehlah buat lontaran ke kawasan dihajati.

Tips
# mungkin anda tertanya, bagaimana nak buat kepalan dedak yang kuat tapi peroi. Ada 2 cara : 

Pertama : apabila anda baling umpan ke kolam, sepatutnya dalam Setengah Jam, anda boleh rasa umpan dah ringan. Jika masih tak peroi dan berat, umpan anda ada masalah.
Penyelesainya, tambah dedak 929 dan kurangkan baki dedak yang ada. Berhati-hati juga dengan jumlah air diperlukan.

Kedua : Letakkan kepalan dedak tanpa spring ke gigi kolam. Apabila arus air kolam menghempas tebing, anda boleh lihat berapa lama, dedak tersebut mampu bertahan. Kelebihan lain, anda sebenarnya boleh mengagak berapa lama harus dibiarkan di kolam hasil dari sifat peroi dedak tersebut. Namun kebiasaannya setengah jam adalah maksimum time.

Tips menarik : 

#  bagusnya penggunaan dedak ini, ia mampu menarik minat ikan. Jadi amatlah digalakkan dengan membuat balingan ke tempat yang sama. Untuk balingan pertama dan kedua, buat setiap 15 minit dan balingan seterusnya, setiap 30 minit.

#  masalah ikan pengacau. Ikan pengacau memang masalah besar. Bila tegangkan tali, didapati tali joran ditarik seperti dimakan tapi bila disembat, tidak mengena.
Penyelesainya ialah anda perlu menabur sebanyak mungkin dan wajib ditempat sama. Mungkin setiap 15 minit. Berhenti hanya apabila tali ditegangkan tidak diganggu dan boleh dilihat di riak air kolam, ada laluan ikan besar dah masuk menyebabkan ikan kecik ini lari.

 tali joran hendaklah tegang kerana ada 2 cara pemakanan ikan tongsan mengikut pengalaman saya.
Pertama : ikan tongsan ni jenis penyedut. Jadi apabila terkena, ia akan menarik tali joran, terus tegang dan panjang tapi lembut. Tak dengar langsung mesin joran berbunyi.
Kedua : tali yang tegang, tiba-tiba jer jatuh tanpa duga. Kalu begini, usah tunggu lama,sembat jer.

#  saya amat gemar menggunakan batu ladung mati saiz kecil (no1) untuk diletakkan di klip perambut. Selain menambah berat, ia juga membantu membuat kestabilan semasa membaling umpan.

 dalam perlawanan dengan ikan tongsan, pastikan joran diangkat tinggi dan senantiasa tegang. Ini boleh diketahui apabila kita memastikan ikan ini senantiasa ada di atas permukaan air kolam dan tidak perlu dilayan kasar. Ini kerana bibir ikan adalah lembut.

p/s :  Jangan lupa ada pandangan, silalah berkongsi disini, tq

1 comment: