Tips Newbie vs Pengalaman Mancing Kolam Cara Saya
4 Tips Utama Persediaan Memancing Kolam
Dalam memancing kolam, banyak tips berguna boleh dipraktikkan.
Ditambah dengan pengalaman, hasil try dan error, .....maka anda akan lebih YAKIN dalam dunia memancing anda.
Tips adalah berdasarkan pengalaman selama bertahun dalam memancing ini.
Maka
apa yang boleh saya katakan,.....
Keseronokan datang ,......... apabila
kita rasakan umpan kita POWER di tempat pancingan yang biasa kita pergi, namun
apabila di tempat lain,.......
TIDAK SEMESTINYA umpan yang sama membawa hasil lumayan juga.
Namun jika umpan anda berjaya dimana-mana pun, itulah bonus besar, hasil usaha anda sendiri.
TIDAK SEMESTINYA umpan yang sama membawa hasil lumayan juga.
Namun jika umpan anda berjaya dimana-mana pun, itulah bonus besar, hasil usaha anda sendiri.
Tak percaya, boleh comment di bawah post ni.
1) Pastikan sasaran anda -
Sasaran
dimaksudkan anda KHAS membuat persediaan untuk PANCINGAN KOLAM.
Janganlah buat persediaan untuk pancingan laut atau pancingan sungai.
Tentukan juga, anda nak mancing kolam air tawar ker atau mancing air
masin.
2) Lakukan survey samaada online atau di kolam mancing yang anda hajati -
Survey online
Sekarang
di dunia online banyak ilmu boleh dicari samaada dalam forum atau
video.
Taip jer sebagai contoh, umpan power patin, banyak info yang boleh dipercayai.
Taip jer sebagai contoh, umpan power patin, banyak info yang boleh dipercayai.
Bagi saya cuma satu jer masalahnya, akibat
terlalu banyak ilmu penerangan, menjadikan kita MABUK, teknik dan umpan
mana yang berkesan. Sebabnya kita just percaya jer, info yang dibagi,
and then bila ditry sendiri, mungkin menjadi, mungkin tidak. Tak
pasal-pasal, frust sendiri.
Survey di kolam mancing
Bagi
saya, inilah yang terbaik caranya. Selain dapat berinteraksi dengan
pemancing lain, kita juga dapat menilai keadaan, jumlah ikan di kolam
terbabit dan syarat-syarat memancing.....apa yang boleh dibuat dan tak
boleh digunakan. Yang penting, jgn malu bertanya. Boleh juga bertanya ke
tokey kolam. Tapi kalu tak dapat bertanya jugak, just saksikan teknik
yang pemancing lain gunakan. Kebiasaanya, mereka menggunakan umpan roti,
dedak, pelet ikan, umpan campuran usus ayam dan sebagainya. Lihat dan nilaikan sendiri.
Bagi mereka yang baru-baru berjinak dalam pancingan kolam, digalakkan untuk anda buat TINJAUAN MATA dahulu........kiranya lihat-lihat dan survey kolam dihajati suapaya anda lebih bersedia.
Kalu perlu catit apa-apa, buatjer....jgn malu sebabnya andakan pemancing, takkan nak KOBONG(rugi jer).......mesti nak balik modal at leastkan?
Bagi mereka yang baru-baru berjinak dalam pancingan kolam, digalakkan untuk anda buat TINJAUAN MATA dahulu........kiranya lihat-lihat dan survey kolam dihajati suapaya anda lebih bersedia.
Kalu perlu catit apa-apa, buatjer....jgn malu sebabnya andakan pemancing, takkan nak KOBONG(rugi jer).......mesti nak balik modal at leastkan?
3) Yang paling penting, anda dan umpan....
Pastikan anda meletakkan sasaran UMPAN dengan sasaran IKAN YANG BETUL.
Takkanlah anda nak mancing ikan patin tapi anda bawa pula cengkerik atau cacing sebagai umpan.
Mungkin anda rasa..BOLEH JER UMPAN NI, tapi sesungguhnya,....jarang benar orang membuatnya.
Kalu dapat pun, saya beranggapan MAYBE hari tu rezeki anda.
Tapi
buat apa nak buat yang bukan-bukan,....seperti saya katakan tadi, lihat
cara, teknik dan tanya bahan apa mereka gunakan....lalu anda follow
jer. Simple dan Mudahkan.......
4) Yang menjadikan Anda PAKAR
Percayalah,
anda dah ada peralatan sesuai, ilmu pun dah dicari.....jadi,
kepercayaan sebenar dan kekuatan sebenar dalam memancing ini terletak
kepada PENGALAMAN ANDA SENDIRI.
Just, keep try and try and try, .................
Anda akan temui dan rasai keyakinan anda bermula apabila teknik dan ilmu yang dipraktikkan.....MENJADI.
Tak
lupa juga, BERSABAR, BERDOA dan BERTAWAKAL kerana sebagai manusia, kita
boleh berusaha tetapi REZEKI tetap ditangan YANG ESA......
Maksud bersabar -
dah baling umpan, sabar menunggu bilalah ikan nak makan umpan. Ada masa
1 jam, ada masa 15 minit, barulah dapat rasa tarikan ikan. Itupun belum
tentu, ikan dapat didaratkan jika teknik dan kawalan, gagal dipraktikkan.
Maksud berusaha -
Saya biasanya menetapkan waktu umpan di dalam air bergantung kepada
teknik kepalan umpan tersebut. Jika padat, dalam 1 jam saya tunggu, jika
peroikan, setiap 1/2 jam saya akan tukar umpan. Ini dapat dilihat bila
kita lakukan ujian umpan hanya dirumah. Nanti saya ceritakan. Jadi
kenalah berusaha lebih untuk menukar umpan-umpan tersebut.
Maksud bertawakal -
Bagi saya, apabila memancing kerana ianya adalah satu hobi. Juga boleh
juga sebagai tambah pendapatan. Kerana itu saya suka memancing untuk 6
jam sekurang-kurangnya. Saya jarang memancing tetapi sekali turun memang
lama. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Amat jarang jika memancing
lama, dapat KOBONG. At least, balik modal, tetapi kalu mancing 3 jam tu,
memang selalu KOBONG jugaklah. Ikan yang dipancing pun, bukannya kita
tahu bila makannya umpan yang diberi. Itu yang sesetengah pendapat,
menyuruh mempelbagaikan umpan. Pengalaman saya, saya suka pelbagaikan
teknik dari pelbagai umpan. Kerana kita tahu umpan tersebut untuk ikan
patin. Manakan umpan yang sama, untuk ikan keli contohnya. Jadi kena try
and error + pengalaman, anda akan faham maksud saya.
So teruskan usaha, teruskan tawakal beserta kesabaran dan kekalkan...maka kejayaan insyaallah pasti tiba.
-----------------------------------------------------------------
p/s : Jangan lupa ada pandangan, silalah berkongsi disini, tq
-----------------------------------------------------------------
Terima kasih di atas perkongsian tips2 daripada pihak tuan...amat berguna
ReplyDelete