Tips dan cara terbaik bagi saya dalam menggunakan PALET sebagai umpan pancingan kolam anda.
Terdapat pelbagai jenis palet yang ada dipasaran sekarang. Malah yang terkini, palet-palet ini ada yang siap dibubuh perasa oleh pengilang. Tu yang jika saudara jumpa, palet terbut sudah "bercolour" dan berperisa.
Jika Pandan perasanya, hijau jugalah colour palet tersebut. Dan palet jenis ni, memang khas untuk diletakkan DI MATA KAIL. Boleh terus guna. Dan anda boleh lihat, jenis palet ini, adalah lebih besar atau dalam saiz medium.
Bagi saya, jenis palet favourite saya adalah palet biji 6363 buatan syarikat CARGILL. Saiznya adalah kecil dan keras. Tapi apa yang bestnya, palet ini, apabila ianya sudah kembang, ianya bersifat kenyal dan tidak mudah hancur apabila dimasukkan ke mata kail serta mampu terapung dengan baik.